
|
kepentingan pemakanan
Wednesday, 10 July 2013 • 21:15 • 0 comments
KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN
BERKHASIAT
Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari
akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan
yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan
penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat.
Corak
pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah
ada mengatakan, “Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan” dan kenyataan ini benar
dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana
diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang
pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di
negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small
Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak,
gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Terlalu banyak lemak, kolestrol dan
gula
Makanan
seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber
protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak
dan kolestrol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung
dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolestrol menjadi punca utama
sakit jantung.
Makanan
berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak
lemak dan kolestrol begitu juga dengan makanan jualan penjaja. Makanan yang
diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak
gula yang meemberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran
gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda
menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang
dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
|
The star owner
![]() TALKIE TALKING
![]() FOLLOW? ![]() BLOG ARCHIVE; CREDIT SECTION ![]() Remember!! dont remove this section!! |